Get your own Digital Clock

Tuesday 22 November 2011


Masalah yang dihadapi di sekolah bagi mempertingkatkan teknologi dalam pendidikan


Teknologi dan Inovasi merupakan satu elemen penting dalam pendidikan kita hari ini. Teknologi dalam pendidikan sangat penting kerana teknologi dapat meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan di negara kita. Di Malaysia tahap teknologi dalam pendidikan masih dalam tahap yang rendah berbanding negara negara lain seperti China, Singapura, Jepun dan juga negara – negara barat.

Selain itu, tenaga pengajar di sekolah sekolah kebangsaan di Malaysia juga kurang pengetahuan dalam bidang teknologi. Walaupun, tenaga pengajar mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang yang diajar. Namun, pada masa sekarang mereka memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi. Hal ini kerana, teknologi merupakan satu aspek yang penting dalam bidang pendidikan hari ini. Sebagai contoh, guru – guru yang kurang mahir menggunakan projektor tidak akan mengalakkan pelajar –pelajarnya mengunakan alat ini dalam pembentangan. Malah, hanya akan mengalakkan pelajarnya menggunakan kertas majong bagi pembentangan mereka. Selain itu, sekiranya guru kurang mahir dalam teknologi, hai ini, akan menyebabkan mereka tidak dapat jawab pertanyaan anak muridnya dalam bidang teknologi. Guru- guru yang kurang mahir dalam bidang ini akan menyebabkan mereka jarang membawa pelajar ke makmal komputer. Walaupun mereka membawa mereka, mereka akan mengelakan pelajar menggunakan kemudahan itu dengan sendiri.  Perkara ini sekaligus akan menurunkan tahap pendidikan keseruhanya dari aspek pengunaaan teknologi.

 Justeru itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan yang sewarnya bagi mengatasi masalah diatas.  Ini kerana, teknologi dalam pendidikan hanya dapat ditingkatkan sekiranya masalah diatas dapat di bendung.


langkah langkah mengatasi
Teknologi dan inovasi merupakan satu elemen yang penting dalam pendidikan di negara kita. Perkara ini sangat penting terutamanya di sekolah sekolah di Malaysia. Namun perkembangan teknologi di sekolah masih terdapat kekangan- kekangannya. Masalah yang dihadapi adalah dari segi kekurangan kemudahan dalam sekolah, kekurangan kepakaran pengajar dalam bidang teknologi, kekurangan modal untuk memperkembangkan kemudahan teknologi dan sikap sesetengah pelajar yang sukar merosakkan kemudahan yang sedia ada. Oleh itu, beberapa langkah haruslah diambil untuk mengatsi masalah  ini.
          
langkah pertama, guru- guru di sekolah perlulah diberi kursus mengenai penggunaan teknologi dalam bidang pengajaran. Hal ini kerana pelajar hanya dapat pelajari dengan baik sekiranya guru yang mengajar itu pakar dalam bidang tersebut. 

langkah kedua, semua siswazah yang bakal menjadi guru haruslah diwajibkan mengambil kursus pengajian teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Apabila siswajah didedahkan bidang teknologi ini di universiti lagi, mereka akan menjadi lebih mahir dan pakar dalam bidang tersebut. Maka ini memudahkan mereka mengaplikasikan semasa mereka menjadi guru pada masa akan datang.

Langkah ketiga yang dapat diambil ialah, pihak sekolah perlulah memastikan semua guru-guru yang mengajar di sekolah mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang teknologi ini. Perkara ini sangat penting terutamanya, guru guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah. Hal ini kerana, teknologi sangat digunakan terutamanya dalam mata pelajaran ini.  Contohnya dalam makmal untuk membuat eksperimen -eksperimen yang melibatkan penggunaan teknologi yang canggih.


langkah keempat yang dapat diambil ialah, pihak kerajaan haruslah memastikan semua mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi guru mengambil kursus dalam bidang teknologi. Hal ini penting kerana, sebelum seseorang menjadi guru dia telah bersedia melengkapi dengan semua kepakaran dalam bidang teknologi. Perkara ini membolehkan mereka dapat mengajar anak -anak murid mereka dengan lebih baik.


Langkah kelima ialah, semua institut pengajian awam dan swasta yang menawarkan kursus pendidikan haruslah sertakan kursus - kursus teknologi dalam modul pelajaran mereka. Hal ini, memudahkan pelajar pelajar universiti dapat mengaplikasikan bidang ini dari wal lagi. Perkara ini, memudahkan mereka menjadi mahir sebelum menjadi guru yang sebenar. Selain itu, universiti juga perlu menawarkan kursus-kursus dalam bahgian teknologi sebagai pilihan bebas. Perkara ini akan memudahkan pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menceburi bidang teknologi dalam pendidikan.

          

7 comments:

  1. Saya setuju dengan dengan segala masalah-masalah yang dikemukakan oleh anda. terutamanya, masalah kerosakan komputer dalam makmal komoputer. perkara ini biasa berlaku hampir di semua sekolah-sekolah. masalah ini menyebabkan ramai pelajar menghadapai pelbagai masalah dalam menyiapkan projek mereka terutama sekali semasa peperiksaan. menurut pengalaman saya di sekolah, semasa peperiksaan IT dalam SPM, komputer rakan saya rosak secara tiba-tiba. ini telah menyebabkan segala jawapan yang dia telah jawab untuk peperiksaan itu telah hilang. perkara ini telah menyebabkan dia tidak dapat menyelesaikan soalan peperiksaanya pada waktu yang disediakan. oleh itu, masalah ini pada hakikatnya adakah sangat serious. Pihak sekolah haruskan sentiasa membuat penyelengaraan komputer pada masa demi masa supaya pelajar-pelajar tidak menghadapai masalah sebegitu semasa peperiksaan
    saya juga ingin tambah satu lagi masalah yang berkaitan dengan teknologi pendidkan yang sering berlaku di sekolah adalah sikap guru yang tidak memotivasikan pelajar untuk mengaplikasikan teknologi dalam pembelajaran mereka. terutamanya tentang eksperimen-eksperimen yang dijalankan semasa kelas sains, fizik, kimia dan biologi. guru-guru tidak membenarkan pelajar untuk menggunakan mikroskop atau alat-alat untuk menjalankan eksperimen kerana mereka takut pelajar akan merosakkan nya. dengana ini, ramai pelajar tidak minat untuk menggunakan alat-alat teknologi kerana tidak diberi peluang untuk menggunakannya.

    Nama : Zainab binti Ibrahim
    No. Matrik : A129231
    email : lovely_nabz@hotmail.com
    Lecturer : EN. Mohd Jasmi Abdul Rahman

    ReplyDelete
  2. Saya tidak setuju berkenaan dengan beberapa isu yang dikemukakan. Seperti yang saudari beritahu dalam komen diatas, ianya benar bahawa teknologi di sekolah sekarang amat berkurangan berbanding pengunaannya di negara-negara maju yang lain. selain itu, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menjana usaha untuk meningkatkan masalah ini adalah dengan mengetahui kesan yang akan kita(pihak sekolah) hadapi pada masa akan datang. sebagai contoh, jika penggunaan wifi dipraktikkan di semua sekolah, ia memberi satu kesan yang amat buruk dimana pelajar-pelajar sekolah boleh mengakses internet melalui telefon bimbit dengan amat mudah sekali. penggunaan teknologi yang lain seperti penggunaan projektor di sekolah dapat menyenangkan proses pembelajaran akan tetapi, bahan-bahan elektronik ini memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi. alangkah baik jika pelajar lebih menggunakan buku untuk melakukan proses pembelajaran daripada menggunakan alat berteknologi ini kerana harga buku tidaklah setinggi harga bahan teknologi yang diperlukan di sekolah. Sekian Terima Kasih.

    NamA: Subhatra a/p Anantha Rao
    Matrix: A129602
    Email: subhatra_manju@msn.com
    Lecturer: En.Mohd Jasmi Abdul Rahman.

    ReplyDelete
  3. Hai.
    Bagi saya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jika teknologi banyak mendatangkan keburukan maka kenapa harus dicipta? paling penting adalah individu yang menggunakan teknologi harus tahu kegunaan teknologi itu sepenuhnya. Bagi para pelajar, sesetengah orang menyatakan tidak wajar memberikan kemudahan wifi di sekolah-sekolah. Maka, jalan mudah adalah dengan hanya membenarkan para pelajar ini untuk mengakses internet di makmal komputer sahaja. Memang bukan mudah, tetapi jika dijalankan pasti akan terlaksana. masalah-masalah juga dapat debendung sedikit demi sedikit.

    (^^,)")

    nurul farhana jalani
    a128600
    farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. kesemua langkah yang anda telah berikan untuk masalah yang dihadapidi sekolah dalam meningkatkan penggunaan teknologi agak jelas dan perkara ini memang sudah dipraktikkan di kebanyakkan sekolah di Malaysia. Namun, bukan semua langkah dipraktikkan secara berterusan bagi meningkatkan pengunaan teknologi.

    kokilavaani ravindran
    a129659
    FSSK
    EN.MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, memang benar pengaplikasian teknologi di sekolah tidak memadai dalam mencapai sasaran wawasan 2020. Di sesetengah sekolah, guru masih menggunakan cara tradisional dan tidak menitikberatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Faktor yang mendorong kepada masalah ini adalah kurangnya kemahiran menggunakan peralatan teknologi ataupun tidak merasakannya sebagai medium yang penting berbanding guru. Maksud saya di sini, guru-guru harus bersikap terbuka dan menerima perkembangan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, semua pihak harus mengembleng tenaga dalam menjayakan misi ini.

    Sharlini Manickam
    A129200

    ReplyDelete
  6. hai..
    semua langkah yang telah dinayatakan oleh saudari mampu menghasilkan impak yang maksimum sekiranya diaplikasikan. tetapi, adakah ia mampu dipatuhi dan diikuti oleh pihak ynag berkenaan? bagi pendapat saya, semua orang seharusnya berganding bahu dalam menjayakan penggunaan teknologi dalam masyarakat kita. hal ini kerana, semakin kita mendekati wawasan 2020, seharusnya semakin meningkat dalam bidang teknologi setanding dengan negara-nagara lain dipersada antarabangsa.

    ReplyDelete
  7. Saya bersetuju dengan isu yang dikemukakan oleh saudari primila. Memang benar negara kita banyak menjalankan usaha-usaha bagi meningkatkan penggunaan IT, namun usaha ini masih belum mencapai kejayaan yang maksimum kerana faktor-faktor kurang kemahiran, pengalaman dan tiada kemudahan, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman. Kerajaan harus memberi penekanan dan mengambil berat tentang isu ini bagi melahirkan generasi yang berdaya saing.

    ReplyDelete