Get your own Digital Clock

Thursday 17 November 2011

first task...

Teknologi dan inovasi merupakan satu perkembangan yang amat pesat di dunia pada hari ini. Setiap negara bersaing untuk mempertingkatkan inovasi mereka dalam pelbagai bidang antaranya, pendidikan, perubatan, perniagaan dan juga hiburan. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi perlu dikawal supaya penggunaanya tidak menjejaskan sahsiah para penggunanya. Oleh itu beberapa langkah haruslah dilaksanakan oleh setiap pihak yang bertanggungjawab
.
Ibu bapa merupakan seorang yang berperanan yang tinggi dalam hal membentuk sahsiah anak anak mereka. Hal ini kerana remaja sekarang adalah pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal anak mereka dari rumah lagi. Sebagai contoh, dunia teknologi dalam pendidikan semakin berkembang, contohnya penggunaan internet. Remaja sekarang dapat memperoleh jutaan informasi di hujung jari mereka. Walaupun internet dapat memberikan pelbagai manfaat. ibubapa haruslah sedar bahawa internet yang sama dapat memberikan atau dapat menunjukkan jalan yang salah kepada remaja sekiranya disalahgunakan. Hal kerana selain dapat memperolehi maklumat pembelajaran dan pengetahuan awam, internet juga boleh digunakan dalam bentuk hiburan yang negatif seperti laman web yang lucah. Oleh itu, ibubapa haruslah mengawasi komputer anak –anak mereka untuk memastikan anak –anak mereka tidak menyalah gunakan teknologi yang disediakan. Disamping itu, ibubapa haruslah mengetahui laman- laman web yang dilayari oleh anak – anak mereka.

Telefon bimbit adalah antara teknologi yang semakin berkembang pada masa hari ini, setiap orang memiliki sebuah telefon bimbit seperti memiliki sebatang pen. Penggunaan telefon bimbit amat berguna pada masa hari untuk berhubung antara satu sama lain. Walaupun bagaimanapun, penggunaan telefon yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar boleh menyebabkan pembaziran duit ibubapa semata mata untuk menambah kredit. Perkara ini berpunca kerana remaja tidak dapat mengenal pasti yang mana penting dan buruk. Kebanyakkan remaja dan pelajar sekolah menggunakan telefon sebagai alat bercinta. Oleh itu, ibubapa harus memastikan bahawa anak – anak mereka bergaul dengan rakan rakan yang berperangai baik. Disamping itu, ibu bapa haruslah memastikan anak- anak mereka tidak bercakap dalam telefon sehingga lewat malan.
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan perana penting dalam membentuk sahsiah dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh guru- guru haruslah mempertingkan lagi dalam mata pelajaran moral dan sivik supaya matlamat mata pelajaran dapat sampai sepenuhnya kepada pelajar- pelajar. Guru- guru perlu menjadikan subjek tersebut sebagai saju mata peljaran yang diminati oleh pelajar. Perkara ini boleh dilakukan, dengan mengunakan kaedah yang berbeza dalam mengajar mata pelajaran ini. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengadakan tayangan video didalam kelas mengenai masalah masalah yang wujud akibat penyalah gunaan teknologi yang sedia ada. Dengan berbuat demikian pelajar- pelajar akan gemar mengikuti subjek in. Daripada pembelajaran mata pelajaran ini remaja dapat berfikir secara rasional dan dapat mengenal pasti baik dan buruk.

Disamping itu, masyarakat sendiri juga haruslah memainkan peranan tinggi dalam membentuk penggunaan teknologi yang semakin berkembang. Pengubahsuain kereta dan motorsikal merupakan gaya moden yang sangat diminati oleh remaja sekarang. Sebagai contoh menambah peti suara,eksos yang canggih, lampu yang berkuasa tinggi dalam kenderaan mereka merupakan trend terkini. Walaupun pengubahsuain merupakan satu teknologi yang baik, penguna dan remaja haruslah memastikan samaada pengubahsuain yang dilakukan sesuai dengan kenderaan mereka. Perkara ini kerana pengubahsuain boleh membawa malapetaka yang tidak diingini sekiranya pengubahsuain yang dilakukan lebih daripada kapasiti yang boleh ditampung oleh kenderaan mereka. Mekanik- mekanik kenderaan haruslah mengambil berat perkara seperti ini dan bukanya hanya semata mata mementingkan keuntangan.

Kerajaan juga boleh mengambil langkah- langkah yang berkesan terhadap penyalah gunaan teknologi. Sebagai contoh hukuman tegas harus di kenakan terhadap pengguna kenderaan yang mengubah suai kenderaan mereka lebih daripada kapasiti yang boleh di tampung oleh sesuatu kenderaan tersebut. Selain itu, kerajaan haruslah memansuhkan laman- laman web pronografi dan laman web yang mengandungi unsur- unsur negatif. Dengan menguatkuasakan undang undang seperti ini kita dapat mengurangkan masalah sahsiah dalam kalangan pelajar dan juga dalam kalangan pengguna teknologi yang sedang membangun ini.
Kesimpulanya, setiap individu berperanan dalam membentuk sahsiah dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap individu haruslah bijak dalam mengunakan teknologi yang membangun pesat ini supaya dapat memperolehi manfaat daripada inovasi yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment