Get your own Digital Clock

Thursday 8 December 2011

Biodata Saya


NAMA                         :  PRIMILA A/P ELANGKUMAR
NO.MATRIK               : A129165
PROGRAM                  : IZAJAH SARJANAMUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN                                 (PENGAJIAN SASTERA DALAM BAHASA INGGERIS)
TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3
SEMESTER                  : 1 2011/2012
TUTORIAL                   : JUMAAT (08.00-10.00)
EMAIL                          :  sweet_mila17@yahoo.com        

Tuesday 29 November 2011

Pencil Holder

Pencil Holder - Diperbuat dengan bahan-bahan kitar semula
Bahan-bahan



  • majalah lama
  • gam
  • tin aluminium( tin minuman)
  • mozek
  • glitters 













                                               
                                                       


                                                    

Tuesday 22 November 2011


Masalah yang dihadapi di sekolah bagi mempertingkatkan teknologi dalam pendidikan


Teknologi dan Inovasi merupakan satu elemen penting dalam pendidikan kita hari ini. Teknologi dalam pendidikan sangat penting kerana teknologi dapat meningkatkan kualiti dan taraf pendidikan di negara kita. Di Malaysia tahap teknologi dalam pendidikan masih dalam tahap yang rendah berbanding negara negara lain seperti China, Singapura, Jepun dan juga negara – negara barat.

Selain itu, tenaga pengajar di sekolah sekolah kebangsaan di Malaysia juga kurang pengetahuan dalam bidang teknologi. Walaupun, tenaga pengajar mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang yang diajar. Namun, pada masa sekarang mereka memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi. Hal ini kerana, teknologi merupakan satu aspek yang penting dalam bidang pendidikan hari ini. Sebagai contoh, guru – guru yang kurang mahir menggunakan projektor tidak akan mengalakkan pelajar –pelajarnya mengunakan alat ini dalam pembentangan. Malah, hanya akan mengalakkan pelajarnya menggunakan kertas majong bagi pembentangan mereka. Selain itu, sekiranya guru kurang mahir dalam teknologi, hai ini, akan menyebabkan mereka tidak dapat jawab pertanyaan anak muridnya dalam bidang teknologi. Guru- guru yang kurang mahir dalam bidang ini akan menyebabkan mereka jarang membawa pelajar ke makmal komputer. Walaupun mereka membawa mereka, mereka akan mengelakan pelajar menggunakan kemudahan itu dengan sendiri.  Perkara ini sekaligus akan menurunkan tahap pendidikan keseruhanya dari aspek pengunaaan teknologi.

 Justeru itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlulah mengambil tindakan yang sewarnya bagi mengatasi masalah diatas.  Ini kerana, teknologi dalam pendidikan hanya dapat ditingkatkan sekiranya masalah diatas dapat di bendung.


langkah langkah mengatasi
Teknologi dan inovasi merupakan satu elemen yang penting dalam pendidikan di negara kita. Perkara ini sangat penting terutamanya di sekolah sekolah di Malaysia. Namun perkembangan teknologi di sekolah masih terdapat kekangan- kekangannya. Masalah yang dihadapi adalah dari segi kekurangan kemudahan dalam sekolah, kekurangan kepakaran pengajar dalam bidang teknologi, kekurangan modal untuk memperkembangkan kemudahan teknologi dan sikap sesetengah pelajar yang sukar merosakkan kemudahan yang sedia ada. Oleh itu, beberapa langkah haruslah diambil untuk mengatsi masalah  ini.
          
langkah pertama, guru- guru di sekolah perlulah diberi kursus mengenai penggunaan teknologi dalam bidang pengajaran. Hal ini kerana pelajar hanya dapat pelajari dengan baik sekiranya guru yang mengajar itu pakar dalam bidang tersebut. 

langkah kedua, semua siswazah yang bakal menjadi guru haruslah diwajibkan mengambil kursus pengajian teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Apabila siswajah didedahkan bidang teknologi ini di universiti lagi, mereka akan menjadi lebih mahir dan pakar dalam bidang tersebut. Maka ini memudahkan mereka mengaplikasikan semasa mereka menjadi guru pada masa akan datang.

Langkah ketiga yang dapat diambil ialah, pihak sekolah perlulah memastikan semua guru-guru yang mengajar di sekolah mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang teknologi ini. Perkara ini sangat penting terutamanya, guru guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah. Hal ini kerana, teknologi sangat digunakan terutamanya dalam mata pelajaran ini.  Contohnya dalam makmal untuk membuat eksperimen -eksperimen yang melibatkan penggunaan teknologi yang canggih.


langkah keempat yang dapat diambil ialah, pihak kerajaan haruslah memastikan semua mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi guru mengambil kursus dalam bidang teknologi. Hal ini penting kerana, sebelum seseorang menjadi guru dia telah bersedia melengkapi dengan semua kepakaran dalam bidang teknologi. Perkara ini membolehkan mereka dapat mengajar anak -anak murid mereka dengan lebih baik.


Langkah kelima ialah, semua institut pengajian awam dan swasta yang menawarkan kursus pendidikan haruslah sertakan kursus - kursus teknologi dalam modul pelajaran mereka. Hal ini, memudahkan pelajar pelajar universiti dapat mengaplikasikan bidang ini dari wal lagi. Perkara ini, memudahkan mereka menjadi mahir sebelum menjadi guru yang sebenar. Selain itu, universiti juga perlu menawarkan kursus-kursus dalam bahgian teknologi sebagai pilihan bebas. Perkara ini akan memudahkan pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk menceburi bidang teknologi dalam pendidikan.

          

Friday 18 November 2011

video yang dapat membantu dalam pengajaran di sekolah(youtube)


10 GUNUNG BERAPI YANG PALING AKTIF


GRAVITI



BAGAIMANA PUTING BELIUNG TERHASIL



PEMBIAKAN ASEKS



FOTOSINTESIS



RESPIRASI




10 GUNUNG YANG TERTINGGI



BAGAIMANA AWAN TERHASIL



KITARAN AIR

Peralatan Pada Masa Depan

GAMBAR PERTAMA

Ini adalah salah satu bilik mandi yang berteknologi tinngi. Bilik ini dilengkapi dengan barang barang elektronik seperti alat pemain music, computer riba, televisyen dan lain lain lagi. Teknologi seperti ini lebih banyak diminati di negara -negara seperti Korea Selatan, Belgium, France, dan juga Selatan Barat seperti Spain, Italy, dan Greece.

GAMBAR KEDUA

Gambar kedua ini adalah merupakan sah satu dapur masa akan datang. Dapur ini dini telahilengkapi dengan kemudahan “digital touch”. Dapur ini telah direka bentuk oleh Sebastian Poupeau. Dapur ini juga menyediakan ruang memotong sayur sayuran, periuk nasi yang mengunakan skrin digital. Selain itu, dengan menggunakan dapur ini kita juga dapat mendengar muzik. Tambahan pula, pengguna dapat mencari recepi melalui multi skrin yang mempunyai jaringan internet. Dapur ini juga dilengkapi dengan sinki berserta dengan “dish dryer”. Keseluruhan dapur ini menggunakan “digital touch screen”

GAMBAR KETIGA

Gambar ini ialah bilik tidur masa hadapan. Bilik tidur ini dihasilkan dengan penuh kreatif dengan ciri-ciri futuristik. Bilik ini di reka bentuk untuk memudahkan robot bagi mengemaskan bilik ini. Selain itu, permukaan dinding bilik tidur ini diberi konsep 3D.

GAMBAR KEEMPAT




Kelima- kelima gambar diatas merupakan hanya satu produk. Produk diatas hanya bukan sebuah jamtangan yang mempunyai lampu biru. Malah, jam ini membawa pemakainya ke alam yang lebih berteknologi tinggi, hal ini kerana anda dapat terus dapat menggunakan jam ini sebagai telefon yang pada lengan anda dengan menggunakan skrin yang trasperansi. Selain itu, jam yang sebagai telefon ini juga berfungsi sebagai projector mini. Selain itu, anda dapat menonton video, chat, bermain game , membaca buku dan juga mendengar muzik menggunakan alat ini.

GAMBAR KELIMA

Ini adalah salah satu kereta masa hadapan. Kereta ini merupakan keluaran Mercedes-Benz. Kereta ini khas direka untuk generasi masa depan. Reka bentuk kereta ini merupayai ikan tropikal. Kereta ini mempunyai 4 silinder gasoline dimana 84 batu per gallon dengan kelajuan 54 batu per jam. Kereta ini juga di reka bentuk untuk mengurangkan penggunaan petrol.

GAMBAR KEENAM

Rumah ini adalah antara reka bentuk rumah pada masa hadapan. Reka bentuk rumah ini adalah oleh J.Mayer yang merupakan seorang arkitek yang berasal dari Jerman.
Rumah ini mempunyai tiga aras. Aras yang paling tinggi merupakan aras bagi ruang bilik tidur. Setiap bilik tidur direka dengan ciri – ciri yang menonjol. Pada aras ini juga tingkap – tingkap direka bentuk dengan kha supaya dapat melihat pandangan sekitar landscape bangunan tersebut. Rumah ini juga dilengkapi kolam renang didalam rumah dan juga di luar rumah. Di bahagian tengah rumah tersebut adalah ruang bersosial, dimana mempunyai ruang tamu yang luas berserta dengan lobi.

GAMBAR KETUJUH

Kerusi ini dikenali sebagai “Rocking Wheel Chair” dimana mempunyai kemudahan cahaya untuk membaca. Selain itu kerusi ini juga member kesan positif kepada kelancaran darah ke jantung. Selain itu anda juga dapat memain Banjo dengan kerusi ini.

GAMBAR KELAPAN

Ini merupakan salah satu katil yang berteknologi tinggi yang mempunyai “snack bar”, dan tempat untuk menari. Skrin berciri pagawam pada katil ini dapat ditarik sehingga paras kaki katil untuk menonton wayang. Selain itu, katil ini juga dilengkapi dengan system computer yang dapat membantu anda melayari internet atas katil. Selain itu katil ini juga mempunyai lampu yang terang untuk membaca dan lampu yang malap untuk tidur.

GAMBAR KESEMBILAN

Gambar diatas adalah Dell Inspiron Duo dimana ia merupakan sebuah “netbook” dan “tablet”. Selain itu computer riba ini mempunyai skrin yang fleksibel. Skrin yang lebarnya 10 inci, mempunyai “dual –core Atom N550”. Selain itu mengunakan windows 7 Premium.

GAMBAR KESEPULUH


Alat ini dipanggil, “variable pressure capsule vacustyler”. Alat ini merupakan salah satu alat yang akan digunakan di hospital pada masa hadapan. Alat ini menggunakan idea aeronautic dimana dapat menyediakan darah yang cukup kepada tapak kaki astronauts semasa berada di tempat kosong graviti. Dimana is di panggil LBNPD – Lower Body Negative Presure Device. Dalam masa sesaat tekanan darah yang rendah akan menjadi normal. Selain itu alat ini juga membantu saluran darah memperolehi nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Selain itu alat ini juga dapat merawat penyakit kencing manis, oedema, masalah salur darah dan juga lactic acid elimination.

Thursday 17 November 2011

first task...

Teknologi dan inovasi merupakan satu perkembangan yang amat pesat di dunia pada hari ini. Setiap negara bersaing untuk mempertingkatkan inovasi mereka dalam pelbagai bidang antaranya, pendidikan, perubatan, perniagaan dan juga hiburan. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi perlu dikawal supaya penggunaanya tidak menjejaskan sahsiah para penggunanya. Oleh itu beberapa langkah haruslah dilaksanakan oleh setiap pihak yang bertanggungjawab
.
Ibu bapa merupakan seorang yang berperanan yang tinggi dalam hal membentuk sahsiah anak anak mereka. Hal ini kerana remaja sekarang adalah pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal anak mereka dari rumah lagi. Sebagai contoh, dunia teknologi dalam pendidikan semakin berkembang, contohnya penggunaan internet. Remaja sekarang dapat memperoleh jutaan informasi di hujung jari mereka. Walaupun internet dapat memberikan pelbagai manfaat. ibubapa haruslah sedar bahawa internet yang sama dapat memberikan atau dapat menunjukkan jalan yang salah kepada remaja sekiranya disalahgunakan. Hal kerana selain dapat memperolehi maklumat pembelajaran dan pengetahuan awam, internet juga boleh digunakan dalam bentuk hiburan yang negatif seperti laman web yang lucah. Oleh itu, ibubapa haruslah mengawasi komputer anak –anak mereka untuk memastikan anak –anak mereka tidak menyalah gunakan teknologi yang disediakan. Disamping itu, ibubapa haruslah mengetahui laman- laman web yang dilayari oleh anak – anak mereka.

Telefon bimbit adalah antara teknologi yang semakin berkembang pada masa hari ini, setiap orang memiliki sebuah telefon bimbit seperti memiliki sebatang pen. Penggunaan telefon bimbit amat berguna pada masa hari untuk berhubung antara satu sama lain. Walaupun bagaimanapun, penggunaan telefon yang tidak terkawal dalam kalangan pelajar boleh menyebabkan pembaziran duit ibubapa semata mata untuk menambah kredit. Perkara ini berpunca kerana remaja tidak dapat mengenal pasti yang mana penting dan buruk. Kebanyakkan remaja dan pelajar sekolah menggunakan telefon sebagai alat bercinta. Oleh itu, ibubapa harus memastikan bahawa anak – anak mereka bergaul dengan rakan rakan yang berperangai baik. Disamping itu, ibu bapa haruslah memastikan anak- anak mereka tidak bercakap dalam telefon sehingga lewat malan.
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan perana penting dalam membentuk sahsiah dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh guru- guru haruslah mempertingkan lagi dalam mata pelajaran moral dan sivik supaya matlamat mata pelajaran dapat sampai sepenuhnya kepada pelajar- pelajar. Guru- guru perlu menjadikan subjek tersebut sebagai saju mata peljaran yang diminati oleh pelajar. Perkara ini boleh dilakukan, dengan mengunakan kaedah yang berbeza dalam mengajar mata pelajaran ini. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengadakan tayangan video didalam kelas mengenai masalah masalah yang wujud akibat penyalah gunaan teknologi yang sedia ada. Dengan berbuat demikian pelajar- pelajar akan gemar mengikuti subjek in. Daripada pembelajaran mata pelajaran ini remaja dapat berfikir secara rasional dan dapat mengenal pasti baik dan buruk.

Disamping itu, masyarakat sendiri juga haruslah memainkan peranan tinggi dalam membentuk penggunaan teknologi yang semakin berkembang. Pengubahsuain kereta dan motorsikal merupakan gaya moden yang sangat diminati oleh remaja sekarang. Sebagai contoh menambah peti suara,eksos yang canggih, lampu yang berkuasa tinggi dalam kenderaan mereka merupakan trend terkini. Walaupun pengubahsuain merupakan satu teknologi yang baik, penguna dan remaja haruslah memastikan samaada pengubahsuain yang dilakukan sesuai dengan kenderaan mereka. Perkara ini kerana pengubahsuain boleh membawa malapetaka yang tidak diingini sekiranya pengubahsuain yang dilakukan lebih daripada kapasiti yang boleh ditampung oleh kenderaan mereka. Mekanik- mekanik kenderaan haruslah mengambil berat perkara seperti ini dan bukanya hanya semata mata mementingkan keuntangan.

Kerajaan juga boleh mengambil langkah- langkah yang berkesan terhadap penyalah gunaan teknologi. Sebagai contoh hukuman tegas harus di kenakan terhadap pengguna kenderaan yang mengubah suai kenderaan mereka lebih daripada kapasiti yang boleh di tampung oleh sesuatu kenderaan tersebut. Selain itu, kerajaan haruslah memansuhkan laman- laman web pronografi dan laman web yang mengandungi unsur- unsur negatif. Dengan menguatkuasakan undang undang seperti ini kita dapat mengurangkan masalah sahsiah dalam kalangan pelajar dan juga dalam kalangan pengguna teknologi yang sedang membangun ini.
Kesimpulanya, setiap individu berperanan dalam membentuk sahsiah dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, setiap individu haruslah bijak dalam mengunakan teknologi yang membangun pesat ini supaya dapat memperolehi manfaat daripada inovasi yang dilakukan.